RINGKASAN
BAB 4
Pemikiran
Sebagai Asas Etika dan Nilai-Nilai Moral
Konsep dan Pembahagian Etika
Etika merupakan satu sistem kepercayaan
yang didasarkan kepada moral dan ia diterima untuk mengawal tingkah laku
manusia. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu "ethos" yang
membawa maksud "character" atau perangai. Daripada perkataan Latin, kita temui
perkataan "mores", yang bermaksud moral iaitu turut melibatkan
perangai. Berdasarkan perspektif ilmu falsafah,
etika digolongkan sebagai falsafah moral iaitu satu cabang ilmu yang secara
khusus membincangkan tentang apa yang dikatakan tingkah laku yang baik dan
tingkah laku yang buruk. Istilah etiket (etiquette) pula membawa
maksud tingkah laku atau tatacara yang di anggap baik dalam sesuatu situasi
sosial.
Para sarjana dan ahli falsafah membahagikan etika kepada tiga iaitu
etika meta (meta ethics), etika normatif (normative ethics) dan etika gunaan
(applied ethics).
Etika
meta (meta ethics)
Etika
Normatif (normative ethics)
Etika normatif membuat kritikan dan
melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada kemudiannya mencadangkan satu
sistem yang standard untuk semua. Terdapat banyak teori yang diguna pakai
dalam etika normative yang membincangkan tentang tingkah laku manusia dan
masyarakat, sama ada yang baik atau buruk. "Teori deontological" menilai baik buruk
berdasarkan tindakan. Contohnya,
menolong adalah suatu perbuatan yang baik. Justeru, menolong dalam perbuatan
apapun dikira baik, termasuklah menolong orang yang mencuri walaupun mencuri
itu perbuatan jahat. manakal bagi "teori
teological" menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan. Contohnya,
sekiranya seseorang itu mencuri harta
seorang kaya yang bakhil dan mengagihkannya kepada ramai orang miskin, maka
perbuatan itu dianggap baik. Demikian juga jika seseorang itu menolong orang
buta melintas jalan tetapi berkesudahan dengan kemalangan, maka perbuatan itu dianggap
tidak beretika kerana hasil akhirnya adalah kecelakaan.
Etika
gunaan (applied ethics)
Etika gunaan membincangkan isu-isu
khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan,
perguruan, perubatan, alam sekitar, sosial dan seks. Etika perniagaan menganalisis
aspek-aspek dalam perniagaan seperti hubungan pekerja dan majikan, serta diskriminasi
dan hak pengguna. Etika perguruan membincangkan tanggungjawab guru terhadap
profesionnya. Etika perubatan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan
seperti tanggungjawab pegawai perubatan, pengguguran bayi, manipulasi genetic,
dan hak pesakit. Etika alam sekitar memfokus kepada isu
seperti kawalan ke atas ekologi dan ekosistem, keperluan flora dan fauna dan
pengurusan sumber alam. Etika sosial memberi tumpuan kepada isu-isu
kemasyarakatan seperti perkauman, perang nuclear, hukuman mati dan bunuh diri.
Etika seks pula membincangkan isu-isu seperti homoseksual, seks bebas dan
pertukaran jantina.
Aliran-aliran
etika
1. Utilitarianisme
2. Hedonisme
Hedonisme berasal daripada perkataan
perkataan Greek "hedone" yang menentukan bahawa matlamat kehidupan ialah untuk
mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum. Ianya berpegang kepada fahaman yang
mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup. Ukuran baik dan buruk ditentukan
oleh kenikmatan dan kelazatan.
3. Eksistensialisme
Eksistensialisme menegaskan bahawa moral
hendaklah berpaksikan kebebasan di mana setiap individu mempunyai kebebasan menentukan
tindakannya. Jean Paul Satre merupakan pelopor utama
doktrin eksistensialisme. Bagi beliau, individu yang mematuhi peraturan
masyarakat secara sembrono telah menjejaskan kebebasannya. Eksistensialisme menekankan tentang
kebebasan individu membuat pilihan dan pilihan dibuat berdasarkan sumber asal.
Akhlak
Islam
Definisi
Akhlak
Cara Membentuk Akhlak Mulia
Akhlak mulia boleh dibentuk melalui
latihan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu dan
putus asa. Tambahan pula akhlak mulia perlu dipupuk dan dibendung dengan rapi
agar dapat tumbuh subur dalam jiwa setiap orang. Disiplin dan garis panduan secara khusus
perlu diikuti dengan sempurna dan penuh minat sehingga mampu menzahirkan
tingkah laku yang baik secara paling mudah tanpa sebarang bebanan. Memberi tumpuan sepenuhnya kepada
adab-adab seharian seperti adab bangun pagi, mandi, makan, dan sebagainya.
Selain itu, hubungan yang akrab antara zahir dan batin sangat diberi perhatian
penting oleh tokoh tasawuf.
Faedah Akhlak Mulia
- Mencari keredhaan dan
meningkatkan martabat diri di sisi Allah S.W.T
- Boleh menyampaikan
cita-cita seseorang
- Merupakan banteng yang
kukuh dan jalan yang mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
Bahaya
Akhlak Buruk
- Meninggalkan impak yang
tidak baik seperti menyempitkan rezeki
- Menyebabkan bala kepada
manusia lain dan dirinya dalam keletihan (Al- Mawardi,2000)
Gaya Pembentukan Akhlak oleh Imam Ghazali
- Sentiasa bergaul dengan
guru yang dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak yang ada pada
dirinya dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh guru
- mencari teman yang
benar-benar mengawasi dan dapat menegur perbuatan yang buruk
- mendengar dan memerhati
segala kekurangan diri yang dilontarkan oleh pihak musuh kerana mereka lebih
berterus terang mengkritik tentang keburukan diri berbanding ucapan rakan-rakan
yang suka menyembunyikan sesuatu keburukan.
-
Menggauli manusia
dengan mengawasi sifat-sifat yang tercela dan mengambil pelajaran untuk
memperbaiki diri sendiri. Sesungguhnya seorang mukmin merupakan cermin kepada
mukmin yang lain.
Matlamat
Akhlak
- Membentuk manusia yang
sempurna perbuatan di semua tempat lagi bersih.
- Usaha pembentukan
akhlak mulia meletakkan seseorang itu pada tempat yang tinggi pada pandangan
Allah S.W.T, masyarakat, dan dirinya sendiri